Wednesday, August 12, 2009

1. Tajuk kajian : PROGRAM SETIA BUDI.
Meningkatkan kemahiran belajar murid asrama pada waktu PREP.

2. Nama Penyelidik : Johar bin Shuib
: SMK Lubuk Buntar

3. Kepada : PPD Kulim Bandar Baharu
u/p : Unit Akademik Seksyen Kemanusiaan

4. Refleksi : 1. Status Asrama Desa . Pelajar tidak tahu mengguna masa belajar
yang tersedia ketika waktu P&P
2. Pelajar juga akan bermain, berbual dan bising kecuali jika ada Warden
3. Latar belakang akademik sangat lemah.(UPSR dan peperiksaan pertengahan tahun).
4. Aduan dari penjaga asrama,penyelidik,warden lama

5. Fokus kajian : Membantu murid belajar semasa waktu Prep dengan lebih berkesan. Ini penting untuk
meningkatkan keputusan peperiksaan akhir tahun.

6. Objektif Umum : Meningkatkan pencapaian akademik pelajar asrama dari kelas 2D dan 1D

Objektif Khusus : a) Menyediakan bahan untuk 3 pelajar 2D dan 7 pelajar 1D pada waktu
Prep.
b) Memberi kaedah kemahiran belajar paling asas kepada kumpulan
yang sama.

7. Kumpulan Sasaran : 10 murid asrama (3 orang dari tingkatan 2 D dan 7 orang dari 1D)

8. Prosedur Kajian : a) Tinjauan awal - temubual dengan bekas warden terdahulu,
penyelia asrama, pengusaha dewan makan. Pemerhatian sendiri
sebagai warden.
b) Cadangan Tindakan Intervensi
- mengadakan jadual bertugas guru
- taklimat kepada guru-guru mengajar senarai subjek.
- pemantauan HEM
c) Bahan-bahan yang diperlukan
- jadual bertugas guru pada waktu Prep (sesi petang & malam)
- jadual matapelajaran ketika waktu Prep
- buku laporan guru bertugas
- buku kedatangan PREP
- bahan dan buku nota untuk murid
- borang soal selidik
d) Penilaian Tindakan Intervensi
- soal selidik
- pemantauan HEM dan warden

9. Jadual Pelaksanaan Kajian 2009


BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1 Menyediakan bahan 17-21 Ogos
2 pelaksanaan 21 Ogos-31 Oktober
3 Pemantauan/penilaian September-Oktober


10. Jumlah peruntukan (Kos Kajian)

1. Buku Nota RM 50.00
2. Alatulis RM 15.00
3. Menggunakan Kemudahan Asrama
(Guru bertugas disediakan minum petang dan minum malam di asrama)

3 comments:

gemagong said...

salam cikgu johar...tahniah kembali mem'blog'semula...semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa

Johar said...

thanks. Selamat menjalani ibadah puasa.

Johar said...

gemagong u punya nama, kawan dah lupa la. yg ingat kalau tak silap kita bergayung-gayung dulu kat padang cempaka... ada betuike